Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Geng ragut ketip kuku tumpas

31 OKT: Polis menumpaskan sekumpulan empat peragut wanita yang menggunakan pengetip kuku untuk mencuri barang kemas dipakai kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Abdul Aziz Ali berkata modus operandi kumpulan berkenaan ialah mengikut kanak-kanak di pusat beli belah apabila ibu bapa mereka leka.

Tambah beliau, penahanan keempat-empat wanita berumur antara 18 dan 47 tahun pada 19 Okt lalu adalah susulan laporan diterima oleh ibubapa yang mendakwa rantai emas yang dipakai anaknya berusia tiga tahun disyaki diambil orang.

“Semakan pada kamera litar tertutup di tempat kejadian berjaya mengesan empat suspek,” katanya hari ini.

Siasatan lanjut mendapati keempat suspek bergiat aktif sejak 2010 dan mempunyai enam rekod jenayah lampau melakukan kesalahan yang sama di pusat beli-belah di utara Semenanjung.

Dengan penahanan itu, Aziz berkata polis berjaya menyelesaikan empat kes ragut barangan kemas dan satu kes curi kosmetik di kedai Body Shop di pusat beli belah di Sepang.

Menurutnya, keempat-empat suspek sudah didakwa di Mahkamah Sepang baharu ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 October 2017 6:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: