Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Geng susu kangkang tumpas

9 JUN: Geng ‘susu kangkang’ yang aktif mencuri susu rumusan bayi di pasar raya serta kedai serbanika 24 jam berjaya ditumpaskan selepas penahanan empat suspek di Kota Damansara, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioer Mohd Zani Che Din berkata, suspek masing-masing dua lelaki dan dua wanita itu ditahan ketika memberhentikan kereta di depan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Dataran Sunway, Kota Damansara, pada 6.55 petang hari berkenaan.

“Kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini.

“Susu berjenama ini di lupuskan di kawasan kawasan tinggal rumah kongsi dan sebagainya dan kedai runcit yang kecil tu jadi mereka beli barang ini tak banyak tanya soalan benda-benda ni ditawarkan dengan harga rendah, dia akan beli,” kata Mohd Zani, Jumaat.

Menurut beliau, Polis turut merampas 17 tin dan 21 kotak susu rumusan bayi pelbagai jenama, lima telefon bimbit, tablet, dua beg tangan, dua beg galas serta kereta model Perodua Alza yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Pada 20 Mei, polis  menerima laporan kes samun yang mendatangkan kecederaan dalam kejadian di sebuah pasar raya di Kelana Jaya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 June 2017 5:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: