Kategori Berita Antarabangsa

George Weah bergelar presiden Liberia

29 DIS: Bekas bintang bolasepak, George Weah dilantik sebagai Presiden baharu Liberia.

Weah, 51, pernah muncul pemain bukan Eropah pertama memenangi Ballon d’Or pada 1995 dan ia salah satu daripada pelbagai kejayaan diraih pemain itu sepanjang 18 tahun kariernya.

Beliau bersara pada 2003 dan pernah bermain untuk Chelsea, AC Milan dan Manchester City.

Dia menyertai politik selepas persaraannya dan menjadi senator dalam parlimen Liberia.

Kejayaannya diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Kebangsaan Liberia, semalam.

Daripada 98.1 peratus kertas pembuangan undi, Weah meraih 61.5 peratus undian, jauh di depan pencabarnya Joseph Boakai.

Weah akan menggantikan Ellen Johnson Sirleaf yang dilantik sebagai presiden wanita pertama Afrika.

Sirleaf menewaskan Weah pada pilihanraya 2005 yang berlangsung sejurus selepas perang saudara yang kejam di negara itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 December 2017 7:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: