Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Gerabak kereta api tergelincir, jalanraya Pasir Gudang sesak,

30 JUN: Kesesakan hampir dua jam berlaku di  Jalan Pekeliling, Lebuhraya Pasir Gudang, Johor selepas sebuah gerabak kereta api kargo itu tergelincir dari landasan serta menghalang lalu lintas.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berkata, dalam kejadian 12 tengah hari, kereta api kargo yang membawa 31 kontena itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Johor menuju ke Skudai.

“Hanya satu sahaja gerabak tergelincir disebabkan rodanya terkeluar dari landasan.

“Bagaimanapun, tren itu sudah kembali bergerak pada 2.10 petang tadi,” katanya hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Pada masa yang sama, KTMB juga memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul kepada pengguna jalanraya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 June 2017 7:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: