Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

GERAKAN akan pastikan satu calon, satu kerusi

14 MAC: Setiap calon Parti GERAKAN yang dibenarkan bertanding, akan hanya bertanding satu kerusi sahaja dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong berkata ini bagi membolehkan seseorang itu memberikan perkhidmatan dengan lebih berkesan dan terbaik kepada masyarakat diwakilinya.

“Yang pasti tiada seorang pun calon yang bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), akan turut akan bertanding di kerusi Parlimen.

“Ini kerana kerusi yang ada adalah terhad sedangkan kita mempunyai ramai pemimpin dan calon yang sesuai untuk diketengahkan,” katanya kepada media di Seremban semalam selepas meninjau persiapan parti itu untuk PRU14.

Turut hadir, Pengerusi GERAKAN Negeri Sembilan Datuk David Choong Vee Hing.

Dalam pada itu, Siew Keong yang juga menteri perusahaan perladangan dan komoditi berkata parti itu telah menyerahkan senarai nama calon bagi kerusi DUN dan Parlimen kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak untuk dipertimbangkan sebagai calon.

“Kira-kira 60 peratus daripada senarai calon itu adalah muka baru,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 10:39 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: