Kategori Berita Utama

GERAKAN: Guan Eng, RM209j atau RM177j ?

28 JUN: Kerajaan Pulau Pinang diterajui DAP digesa untuk memperjelaskan kepada rakyat negeri itu berhubung nilai sebenar yang sudah dibayar untuk kos perundingan projek terowong laut kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd.

Naib Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu tampil untuk menjelaskannya selepas pemberitahuan perbezaan amaun oleh dua wakil rakyat DAP.

“Nampaknya mereka ada sesuatu yang cuba disorokkan daripada pengetahuan rakyat. Bagaimana boleh keluar kenyataan yang bercanggah?

“Beliau pasti tahu perkara sebenar dan perlu berani tampil segera ke hadapan untuk menjelaskan mana satu kenyataan yang betul,” katanya kepada BNBBC.my portal, Rabu.

Menurut Hoe Chai lagi, pendedahan itu merupakan satu keperluan bagi membuktikan bahawa mereka mentadbir dengan telus.

“Mereka menjaja setiap hari bahawa kerajaan negeri amalkan ketelusan dan integriti dalam segala hal, tetapi janganlah takut untuk menyatakan kebenaran jika tidak buat salah. Perkara ini kena cepat diperjelaskan,” jelas beliau lagi.

Percanggahan fakta mengenai pembayaran kepada Zenith dikesan apabila kenyataan yang dibuat oleh ADUN Padang Kota Chow Kon Yeow dan ADUN Bagan Jermal, Lim Hock Seng berbeza.

Pada 24 Jun, Kon Yeow dilaporkan berkata bayaran dibuat adalah RM209 juta, manakala pada 22 Mei lalu, Hock Seng  menyatakan jumlah dibayar hanyalah RM177.5 juta.

Pada masa yang sama, Hoe Chai (foto) mendakwa rakyat Pulau Pinang sudah mula rasa muak dengan gaya pemerintahan Setiausaha DAP itu.

“Rakyat negeri berhak nak tahu siapa betul. Guan Eng Jangan berdiam diri atau cuba selindung sesuatu demi agenda sendiri.

“Mesti ada satu yang salah, atau kedua-duanya salah, kita pun tak tahu,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 June 2017 8:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: