Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

GERAKAN: Hati-hati dengan janji PH

13 MAC: Rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi dinasihatkan tidak mengadaikan masa depan negara semata-mata taksub dengan dengan manifesto yang diumumkan oleh pembangkang pada minggu lalu.

Menurut Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong, manifesto terbabit hanya bersifat populis untuk menarik sokongan dan bukan untuk jangka masa panjang.

“Apa yang dicadangkan pembangkang mungkin mendatangkan kegembiraan kepada orang ramai tetapi persoalan yang timbul, sama ada siapa yang akan membayar segala jenis kos dan hutang daripada inisiatif yang dirancang.

“Adakah pembangkang mahu generasi masa depan negara ini membayar segala hutang ini? Maka kita kena berhati-hati sebab banyak janji yang tidak realistik,” katanya hari ini.

Siew Keong yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata demikian pada selepas melawat Pejabat GERAKAN negeri di Melaka.

Pad Khamis lalu, pimpinan Pakatan Harapan (PH) melancarkan manifesto PRU14 yang mengariskan lima teras dan 60 janji sekiranya mereka berjaya menjadi kerajaan Persekutuan

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 5:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: