Kategori Berita Utama

GERAKAN patut fikir sumbangan UMNO sebelum fikir singkir dari BN

13 JUN: GERAKAN sepatutnya berfikir sebelum membuat kenyataan untuk menyingkirkan UMNO dalam BN.

Menurut Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah kenyataan tersebut langsung tidak menggunakan akal serta emosi yang kurang bijak.

Ini kerana jelasnya GERAKAN perlu fikir tentang sumbangan kerusi UMNO pada Pilihan Raya Umum lepas berbanding parti itu sendiri.

“Beliau didalam “Denial Sindrom” atau bercakap tidak mengunakan akal tetapi emosi dalam mengeluarkan kenyataan yang kurang bijak itu. Sebelum nak mencadang atau nak keluarkan kenyataan beliau harus mengkaji dan menilai sendiri kekuatan parti Gerakan pada PRU14 yang lalu dimana parti beliau hanya mendapat 1kerusi sahaja.

“Untuk maklumat UMNO berjaya mempertahankan 55kerusi Parlimen sekali gus pemegang kerusi terbanyak sebuah parti Politik dlm Parlimen.

“Pada Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, sebelum nak buat kenyataan cermin dahulu kedudukan sokongan rakyat pada parti anda dahulu sebelum nak buat cadangan yang nampak kurang bijak,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan
Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong Kim  berhubung isu untuk menyingkirkan UMNO dalam  Barisan Nasional.

Tambahnya lagi beliau sendiri sedia untuk bertemu dengan Yong Kim bagi menyelesaikan isu yang berbangkit ini sekaligus mencari titik penyatuan, menilai dan memahami apa erti sebenar setiakawan BN.

“Bagi UMNO , parti ini masih berpegang pada konsep Setiakawan dalam parti komponen. Walaupun parti daripada Sarawak mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan kerajaan Pusat dibawah Pakatan, sebagai team player BN, kita ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang pernah dijalinkan semasa bersama BN.

“Kami yakin suatu hari nant kita akan bersama kembali, kami tahu keputusan dibuat oleh Kerajaan Sarawak atas kepentingan rakyat Sarawak dan BN menghormati keputusan yang dibuat demi kepentingan rakyat,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2018 10:45 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: