Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Gerakan yakin menang 5 kerusi parlimen 12 DUN

12 NOV: Gerakan yang memutuskan bertanding semua 45 kerusi tradisi yang diperuntukkan kepada parti itu yakin dapat memenangi lima kerusi parlimen dan 12 kerusi dewan undangan negeri (DUN)pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Ini termasuk kerusi di Pulau Pinang. kata Presidennya Datuk Seri Dr Mah Siew Keong.

Beliau berkata parti itu juga sedang berunding dengan parti komponen lain mengenai kemungkinan bertukar kerusi yang membabitkan lima kawasan atau mendapatkan kerusi tambahan.

Selain itu katanya, kira-kira 60 peratus calon merupakan muka baharu dan kebanyakan mereka adalah orang muda.

“Kami yakin akan mencatat prestasi lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya dalam sidang media selepas berakhirnya Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-46 di Menara PGRM, di Cheras, hari ini.

Siew Keong yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata beliau telah menyerahkan senarai calon berpotensi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.

Antaranya ialah Ketua Wanita Datuk Tan Lian Hoe, Ketua Pemuda Tan Keng Liang serta timbalan masing-masing.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding di Pulau Pinang, beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, berkata beliau serahkan perkara itu kepada parti.

 

Gerakan kini hanya menguasai dua kerusi parlimen melalui Datuk Liang Teck Meng di Simpang Renggam dan Siew Keong yang menang pada PRK Teluk Intan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 November 2017 9:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: