Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Gereja dibaling bom petrol

7 JAN: Sebuah gereja di Kota Bharu, Kelantan dipercayai dilempar bom petrol tengah malam tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian berkenaan.

Memetik laporan BH Online, Paderi Goo Siew Lai, 42 berkata, ketika kejadian dia sedang membaca buku di tingkat dua bangunan itu, sebelum dikejutkan dengan bunyi cermin pecah.

Menurutnya, dia terus bergegas ke ruangan berkenaan untuk memeriksa.

“Saya sempat lihat seorang lelaki membaling objek ke arah gereja.

“Lelaki itu kemudian menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum sebuah motosikal yang ditunggang dua lelaki merempuh belakang kenderaannya.

“Bagaimanapun, MPV itu tidak berhenti dan terus beredar,” katanya hari ini.

Siew Lai berkata, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu.

Bagaimanapun sehinga berita ini disiar, polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 January 2018 2:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: