Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Gesaan baru Azmin terhadap Khalid sejak balik umrah

28 FEB: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang baru pulang dari menunaikan umrah di tanah suci Mekah pada Jumaat memberi tekanan baru kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkaitan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani Abdul Khalid dengan Kerajaan Persekutuan berhubung bekalan air di negeri itu.

Azmin, Ahli Parlimen  Gombak, bersama Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaruddin menggesa Abdul Khalid memberi penjelasan mengenai MoU berkenaan yang antara lain memberi laluan kepada Putrajaya menyambung Projek Loji Air langat 2 serta pengambilalihan empat syarikat konsesi  air oleh kerajaan negeri Selangor.

aZMIN CROPEDAzmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa mahu Abdul Khalid memberi jaminan bahawa rakyat Selangor tidak akan terbeban dengan harga air yang mahal selepas ini.

“Ketua Umum (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan tidak pernah dimaklumkan kedudukan terkini MoU ini dan saya mahu menteri besar sendiri memberi penjelasan lanjut kepada kita terutama sekali isi kandungan MoU itu.

“Kita mahu perkara ini diselesaikan segera dan menteri besar mesti berjanji dengan penstrukturan air ini ia tetap memberi perlindungan dan jaminan kepada rakyat supaya mereka tidak terbeban dengan kadar tarif air tinggi selepas ini,” kata Azmin seperti dilapor portal akhbar Sinar Harian.

Sementara itu, Zuraida pula menyifatkan tindakan Abdul Khalid itu agak terburu-buru.Zuraida Kamaruddin

Zuraida bagaimanapun menyokong langkah Abdul Khalid yang membelakangkan Anwar selaku Ketua Umum PKR serta penasihat ekonomi negeri Selangor selagi ia menguntungkan warga Selangor.

“Walaupun ia dibuat tergesa-gesa tetapi bagi saya ia tidak menjadi isu pun…asalkan menteri besar ikhlas dan ia memberi manfaat kepada rakyat, saya sokong,” kata Zuraida.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 February 2014 1:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: