Kategori Berita Antarabangsa

Geun-Hye kembali ke mahkamah

29 MEI: Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye kembali ke mahkamah hari ini bagi menyambung semula perbicaraan kes rasuah.

Geun-hye berhadapan pertuduhan termasuk peras ugut, rasuah dan membocorkan rahsia kerajaan.

Dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan, lapor Agensi.

Beliau bagaimanapun menafikan melanggar mana-mana undang-undang.

Presiden wanita pertama Korea Selatan itu dipecat daripada jawatannya awal bulan ini.

Rakyat Korea Selatan keluar mengundi 9 Mei lalu untuk memilih presiden baharu.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 May 2017 5:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: