Kategori Berita Utama

Ghafur cadang PM jumpa Ketua UMNO bincang isu semasa

11 JAN: Perbincangan tertutp semua Ketua UMNO bahagian bersama Perdana Menteri perlu bagi mengatasi dan mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah dihadapi rakyat. 

Perkara ini dicadangkan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Ghapur Salleh sebagai satu langkah yang dilihat realistik dan relevan untuk diguna pakai oleh ahli-ahli UMNO dan juga pihak kerajaan bagi mengenal pasti masalah orang ramai. 

ghapursallehMenurut beliau, sudah tiba masanya Datuk Seri Najib Razak memandang serius cadangan ini bagi memastikan UMNO dan juga kerajaan Barisan Nasional kekal relevan memerintah negara. 

“Saya cadangkan setiap enam bulan sekali perlu ada satu perbincangan tertutup dengan Ketua UMNO bahagian di seluruh negara untuk membincangkan masalah yang ada. 

“Kita bincang apa masalah UMNO dan kerajaan sedang hadapi. Ini suara akar umbi, dan perjumpaan ini perlu kerana tidak semua perkara kita boleh bincangkan secara terbuka,” katanya kepada bnbbc.my.

Menurut beliau, tidak semua perkara boleh dimasukkan dalam media walaupun beliau mengakui peranan media penting, namun masih ada perkara yang perlu dibincangkan cara tertutup. 

Ketika ditanya adakah cadangan ini timbul ekoran keresahan rakyat yang timbul akibat peningkatan kos sara hidup menjelang tahun ini, beliau tidak menafikannya malah berkata “perkara inilah antara yang kami perlu selesaikan” . 

Ghapur merupakan antara ahli parlimen yang lantang menyuarakan pandangannya ketika persidangan Dewan Rakyat berjalan dan kali ini beliau meluahkan kegusarannya mengenai rakyat berikutan masalah yang timbul akhir-akhir ini. 

Antaranya ialah melibatkan peningkatan kos sara hidup apabila kerajaan mengumukan kenaikan haraga beberapa barang seperti gula, minyak, petrol, tarif elektrik dan juga kadar bayaran tol. 

Dalam masa yang sama, beliau enggan memberikan pandangan berhubung langkah yang diambil Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang akan melancarkan operasi besar-besaran memburu pekerja asing tanpa izin (PATI) bermula 21 Januari ini. 

Katanya, “kalau isu ini, kata sahaja Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Gahpur tidak mahu komen, saya tak mahu nanti jadi perkara lain pula kalau saya keluarkan pandangan atau apa-apa kenyataan” ketika ditanya berkenaan perkara itu. 

KDN akan melancarkan operasi itu selepas tamatnya Program Khas Pengurusan Parti (PKPP) dan pekerja yang gagal mengemukakan dokumen yang sah akan dihantar pulang dan kosnya akan ditanggung majikan pekerja terbabit. 

Segala urusan akan ditanggung majikan kerana kerajaan tidak akan membazirkan wang rakyat bagi tujuan menghantar balik PATI yang ditahan melalui operasi itu nanti. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis berkata, operasi tersebut akan melibatkan Jabatan Imigresen, Angkatan Tentera, Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 January 2014 2:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: