Kategori Berita Utama

Ghapur mohon 14 AJK Wanita tak boleh tanding

Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata pihaknya telah memohon kepada UMNO pusat supaya 14 anggota Jawatankuasa Wanita Bahagian itu yang meletak jawatan bulan lalu tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan semula jawatan pada 30 November ini.

Beliau berkata, ini bagi memastikan tidak ada anggota yang meletak jawatan semata-mata kerana tidak puas hati dengan proses pemilihan.

wanitaumno “Kita tidak mahu apabila mereka menang semula, tetapi tidak puas hati, mereka akan letak jawatan lagi sebagai tanda protes,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan dan perikanan kepada 100 anggota Pemuda dan Puteri UMNO, di Tawau.

Ghapur, yang juga ahli Parlimen Kalabakan menambah, ada cara yang betul untuk melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara dan bukannya dengan meletak jawatan selepas diisytihar menang sesuatu jawatan.

Dalam pemilihan sayap itu 12 Oktober lalu, 14 daripada 15 anggota jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Kalabakan yang menang dalam pemilihan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai protes kerana menganggap banyak perkara meragukan dalam proses pemilihan berkenaan.-2/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 November 2013 5:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: