Kategori Berita Utama

Giliran PAS jadi MB Selangor ganti PKR PENIPU

28 JAN : Jika benar peletakkan jawatan Adun PKR Kajang Lee Chin Cheh bagi memberi laluan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja bertanding supaya boleh dilantik Menteri Besar Selangor, bermakna proses ini bermula dengan PENIPUAN.

Penipuan itu kerana Anwar dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada sebelah pagi Isnin secara berasingan menafikan spekulasi mengenai perkara itu  yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Menurut Khalid, beliau tidak boleh sewenang-wenang membuat sesuatu perkara (melepaskan jawatan) sebelum mendapat nasihat daripada Sultan Selangor.

posterhinapas

PKR dan DAP sudah kerap membuli PAS walaupun mereka kononnya sepakat

Beliau turut menegaskan, perkara mengenai pengunduran daripada jawatan berkenaan juga tidak pernah dibincangkan oleh kerajaan negeri.

Manakala Anwar pula berkata, ianya spekulasi yang sudah berlarutan sejak 2008.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga menegaskan tiada perubahan jawatan seperti didakwa.

Malangnya, jawapan Khalid, Anwar dan Saifuddin tidak beerti lagi apabila Lee menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Adun Kajang seperti diumumkan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh, petang Isnin.

Selepas ini, sama ada Anwar atau Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang, dan kemudian dilantik menggantikan Khalid, ianya membuktikan PKR dipimpin mereka yang MENIPU.

Tepat juga jika ada yang melabel PKR sebagai Parti Kelentong Rakyat.

Kenapa Khalid, Anwar dan Saifuddin tidak berterus terang sahaja rancangan mereka ini mahu mengadakan pilihan raya kecil untuk selesai kemelut dalaman PKR atau ganti Menteri Besar?

Amat malang bagi rakyat Selangor jika tidak nampak lagi wayang dan skrip pimpinan PKR itu yang menjadikan Selangor Darul Ehsan seolah-olah milik parti itu.

Mereka bebas berbuat apa sahaja termasuk menaikkan gaji Menteri Besar, Speaker, Exco dan Adun sehingga lebih 300 peratus dan elaun ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan sehingga ribuan ringgit.

Semua itu disebalik banyak janji kepada rakyat Selangor yang masih gagal mereka tunaikan dan kini PKR sewenang-wenangnya mahu pilihan raya kecil semata-mata mahu memuaskan nafsu politik pemimpin mereka.

khalid-anwar1xx

Anwar dan Khalid sanggup menafikan akan ada pilihan raya kecil untuk proses tukar Menteri Besar

Sedangkan, Lee baru lapan bulan bergelar wakil rakyat. Beliau sihat dan tidak disabitkan dengan kes-kes jenayah atau berdepan perbicaraan di mahkamah seperti Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

Tentu beliau ditawarkan sesuatu lebih menarik sehingga menolak kenaikan gaji baru sebagai Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250 sebulan mulai bulan ini.

Bagi Khalid pula, beliau masih boleh menikmati gaji baru sehingga melepaskan jawatan itu.

Gaji baru Menteri Besar kini RM29,250 dinaikkan daripada RM14,175 sekaligus memastikan Khalid boleh selesa dengan pencen jawatannya itu.

Itulah untungnya PKR yang mencaturkan segala-galanya dengan sekutu rapat  mereka DAP di Selangor.

Namun, yang terus gigit jari adalah PAS kerana dengan kelebihan kerusi DUN Selangor, parti itu tidak mampu mengisi kerusi Menteri Besar.

Sesungguhnya, inilah masa terbaik untuk PAS menuntut hak mereka dan bukan lagi jadi melukut atau melutut kepada PKR dan DAP.

Cukup-cukuplah PAS berkorban untuk sekutu mereka yang jelas hanya mementingkan diri sendiri termasuk jadi alat DAP dan mengadai agama serta maruah Melayu.

Jika soal konsensus atau kesepakatan benar-benar jadi ikatan PKR,DAP dan PAS, sudah tiba masanya PAS diberikan giliran menerajui pimpinan di Selangor.

Rakyat sudah melihat kepimpinan PKR selepas PRU 12, pada 2008 dan berterusan selepas PRU 13 walaupun PAS lebih berhak dengan 16 kerusi DUN berbanding masing-masing 14 dimenangi rakan mereka DAP dan PKR.

Sudah tiba masanya PAS menguji betulkah ada kesepakatan seperti dilaung-laungkan pemimpin atasan mereka terutama PKR dan DAP yang bijak menangguk di air keruh.

Kepada rakyat Selangor, pelajarilah PENIPUAN PKR untuk parti itu kekal mentadbir Selangor dan kepada pengundi-pengundi DUN Kajang, kalian hanya bahan eksperimen pembangkang atau batu loncatan Anwar untuk duduk di kerusi Menteri Besar selepas impian kerusi Perdana Menteri tidak tercapai.

Sepatutnya kerja yang baik bermula dengan Bismillah tetapi PKR memilih dengan penipuan.   –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 January 2014 6:06 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: