Kategori Berita Utama

Giliran penyokong tegar kena kantoi dengan Rafizi

25 OKT: Bersungguh-sungguh Rafizi Ramli mendakwa FELDA menyeleweng dengan menubuhkan syarikat baharu pada 17 Oktober kononnya bagi menyelamatkan hotel Kesington milik Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Ahli Parlimen PKR Pandan itu semasa siaran langsung di Facebooknya pada 23 Oktober membuat tuduhan berat terhadap FELDA dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim juga difitnah bersubahat menyeleweng menubuhkan syarikat baru FIC London Hotel (Private) Limited.

Bukan main marah nada Rafizi di siaran langsung itu hingga ada masanya terkeluar bahasa Terengganunya.

Rafizi selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi semalam

Naib Presiden PKR itu turut bertegas mahu membuat laporan polis mengenai perkara tersebut pada pagi Selasa.

Apa lagi, pengikut dan penyokong-penyokongnya yang mengikuti siaran langsung itu menghambur segala maki hamun terhadap Razali dalam komen masing-masing, malah nama Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abd Samad turut terkait.

Malangnya, apabila laporan polis yang dibuat oleh Rafizi semalam, ianya tidak termasuk tuduhan-tuduhan yang dicakapnya semasa penyiaran langsung FBnya.

Sebaliknya, dalam laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Rafizi hanya menyentuh mengenai laporan tahunan FELDA 2015.

Sah, pengikut dan penyokong Rafizi di FB yang menonton siaran langsung itu kena ‘kantoi’ atau kena ‘kencing’ oleh beliau.

Tentu kasihan pengikut dan penyokong yang selama ini percaya sangat kepada Rafizi yang sebelum ini sudah mendapat jolokan Rafizi ‘kantoi’.

Sebaliknya, tidak sampai 24 jam selepas berkobar-kobar mahu membuat laporan polis mengenai syarikat baru itu, Rafizi membuktikan beliau hanya cakap tidak serupa bikin.

Bayangkan, tuduhannya pada 23 Okt terhadap FELDA dan Razali sangat berat tetapi tidak disebut langsung dalam laporan polisnya.

Mana dia tuduhannya FELDA menyeleweng dengan menubuhkan syarikat baharu pada 17 Okt 2017 dan  Razali bersubahat serta melakukan jenayah?.

Hebat Rafizi. Sebelum ini, beliau sahaja yang kantoi tetapi kali ini, Radizi juga membawa pengikut dan penyokong beliau ‘kantoi’ sama.

Ini juga sama dengan Rafizi kantoikan penderma Invoke apabila berjaya kumpul lebih RM1.5 juta untuk membayar denda tetapi liat berbuat demikian.

Betul lah Rafizi sudah obses mencari salah pihak lain sehingga ada kaki tangan Invoke yang didakwa mencuri maklumat.

Bagi pengikut dan penyokong tegar Rafizi, mereka kena sedar, manusia sepertinya adalah jenis yang sanggup korek perahu supaya semua pengikut serta penyokong dan beliau sama-sama karam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 October 2017 7:36 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: