Kategori Berita Utama

Gimik pengundi hantu hiasi bantahan Jamal pada SPR

26 MEI: Dengan menggunakan gimik ‘prop’ lebih 14 individu berpakaian hantu sebagai simbolik kepada pemindahan pengundi secara haram oleh DAP di Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menghantar memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor hari ini bagi menuntut siasatan dibuat segera.

Perkara  itu dibuat susulan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dipercayai sudah memindahkan sejumlah pengundi dari Puchong, Kepong, Seputeh, Cheras dan Bukit Bintang ke kawasan berkenaan bagi memastikan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Menurut Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, beliau mempunyai bukti kukuh bahawa Suee Lim bakal menggunakan taktik berkenaan.

“Hari ini saya membawa bukti yang mana Suee Lim sudah pun memindahkan hampir 1,800 pengundi untuk pilihanraya akan datang dan pada PRU-13, beliau mendapat majoriti 2,200 dan beliau tidak yakin lagi dan tambah lagi 800 hingga ‘que’ yang ke-empat tahun lepas.

“Dan untuk ‘que’ yang pertama tahun ini dan juga tahun kedua, saya juga mendapat maklumat ribuan lagi pengundi-pengundi Cina dan Melayu sudah pindahkan ke kawasan saya di Sungai Besar, DUN Sungai Panjang dan yang paling banyak saya lihat paling ramai adalah di DUN Sekinchan,” dakwanya, Jumaat.

Terdahulu, Jamal menyerahkan memorandum berkenaan kepada Penolong Pengarah SPR Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri.

Sebelum ini, Suee Lim (foto) mendakwa Jamal membawa masuk kira-kira 1,200 ‘pengundi hantu’ untuk mengundi di Sekinchan pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Jamal yang menganggap dakwaan Suee Lim itu bertujuan memburukkan nama beliau dan juga Barisan Nasional (BN).

“Beliau mengambil kesempatan daripada persepsi dengan menuduh saya memindahkan pengundi-pengundi untuk mengalahkan beliau tetapi sebenarnya apa yang dikatakan itu hanyalah untuk menutup dan mengaburi mata masyarakat seolah-olah apa yang beliau lakukan itu, saya yang buat,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 May 2017 3:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: