Kategori Berita Antarabangsa

Gina Haspel diumum pengarah CIA

18 MEI: Senat Amerika Syarikat hari ini mengesahkan pelantikan Gina Haspel sebagai pengarah baharu Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Ia sekali gus menjadikan Haspel pengarah wanita pertama agensi berkenaan.

Gina Haspel

“Tahniah kepada Pengarah CIA kita yang baharu, Gina Haspel!” kata Presiden Donald Trump menerusi tweet sambil menyifatkan Haspel sebagai calon yang sangat berkelayakan.

Haspel, 61 tahun, merupakan pakar dalam hal ehwal Rusia dan banyak terbabit dalam perkhidmatan rahsia.

Beliau mengambil alih jawatan pengarah daripada Mike Pompeo yang dilantik Trump sebagai Setiausaha Negara

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 11:19 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: