Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

GM baru cadang tamat kontrak 22 staf PKNS-Khalid Ibrahim

6 FEB: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuding jari menyalahkan Pengurus Besar PKNS yang baharu, Azlan Alfiah dalam isu kontroversi penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PKNS Holdings).

Menurut Abdul Khalid, Azlan adalah individu yang bertanggungjawab mencadangkan penyusunan semula organisasi PKNS Holdings, termasuk menamatkan kontrak 22 kakitangan berkenaan.

Azlan Md Alfiah Pengurus Besar PKNS

Azlan Md Alfiah
Pengurus Besar PKNS

Abdul Khalid bagaimanapun turut mengakui beliau yang mengarahkan agar PKNS Holdings menjalani penstrukturan semula.

“Saya mengarahkan Pengurus Besar PKNS untuk buat kajian terperinci organisasi termasuk melibatkan sumber manusia.

“Arahan ini dibuat selepas kita menerima aduan daripada pemberi maklumat dalaman bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baharu diwujudkan yang diketuai orang luar dengan tangga gaji tinggi.

“Maknanya pengambilan pegawai-pegawai baharu dalam PKNS Holdings tidak dibuat menurut tatacara integriti,” katanya.

Abdul Khalid turut mempertahankan penamatan kontrak 22 kakitangan terbabit kerana dengann tindakan itu PKNS berjaya menjimatkan kos operasi sebanyak RM7 juta setahun.

Selasa lalu PKNS Holdings mengeluarkan notis 24 jam menamatkan kontrak 22 kakitangannya tanpa memberikan sebarang alasan munasabah.

Kesemua kakitangan terbabit menerima surat penamatan kontrak yang berkuatkuasa pada Isnin itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan selepas hadir bekerja seperti biasa.

Surat penamatan kontrak itu ditandatangani Pengerusi PKNS Holdings, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Ditanya sama ada keputusan berkenaan akan menjejaskan operasi PKNS, Abdul Khalid berkata kakitangan tetap sedia ada berupaya memikul tanggungjawab ekoran daripada pengosongan jawatan itu.

Mug Shot Khalid Ibrahim

Saya arahkan penstrukturan semula, GM baharu PKNS yang cadang tamatkan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings – Khalid Ibrahim

“Mereka ada atau tidak sama sahaja tak ada beza. Sudah ada pegawai tetap yang pikul tanggungjawab yang ditinggalkan.

“Lagi pun selama ini berlaku pertindihan tugas antara pegawai kontrak yang dibayar gaji tinggi dengan kakitangan tetap,” katanya.

Abdul Khalid turut menafikan kenyataan kakitangan yang terbabit dalam penamatan kontrak berkenaan bahawa keputusan itu dibuat dengan kejam dan tidak beretika.

“Penamatan kontrak itu perkara biasa, berlaku di mana-mana syarikat bukan sahaja di PKNS.

“Kalau saya kejam takkanlah ada sesetengah pegawai itu yang dapat ganti rugi melebihi RM60,000. Jumlah itu sudah dinyatakan dalam perjanjian dan PKNS mesti ikut,” katanya.

Jelas beliau lagi, PKNS mematuhi semua prosedur penamatan kontrak seperti yang terkandung dalam syarat dan perjanjian lantikan perjawatan setiap kakitangan berkenaan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 February 2014 3:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: