Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

1,600 golongan asnaf Parlimen Setiawangsa terima sumbangan

8 JUN: Menolong serta menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan adalah amalan mulia di bulan Ramadan.

Itulah yang dilakukan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari apabila memberi sumbangan kepada golongan asnaf di kawasan parlimennya.

Menurut Ahmad Fauzi pemberian kepada 1,600 asnaf ini terbahagi kepada enam tempat dan ia merupakan acara tahunan sepanjang beliau menjadi ahli parlimen kawasan tersebut.

“Ini adalah salah satu daripada enam tempat yang kita berikan bantuan kepada asnaf sepanjang bulan Ramadan di Parlimen Setiawangsa.

“Hari ini kita beri kepada seramai 260 orang di masjid Abu Ubaidah Jarah tapi kepada seluruh Parlimen Setiawangsa ini kita beri kepada 1,600 orang.

“Tempat-tempat yang kita akan beri adalah seperti di Masjid At-Taqwa di PPR Ayer Panas, Surau Nurul Huda di PPR Sg. Bonus, Surau Ar-Firdaus Desa Tun Hussein, Masjid Muadz Bin Jabal dan Surau Al-Ansar Taman Sri Rampai,” katanya kepada media selepas penyerahan sumbangan tersebut pada Khamis.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Abdul Halim Abdul Samad.

Tambahnya selain sumbangan daripadanya, terdapat juga yayasan dan pertubuhan amal lain turut serta membantu memberi sumbangan kepada golongan asnaf di parlimennya.

“Tahun ini sama macam tahun-tahun lepas, mereka yang mendapat sumbangan ini di sekitar 1,500 hingga 1,600.

“Ini tidak diambil kira lagi sumbangan-sumbangan asnaf yang diberikan seperti contoh daripada yayasan amal dan beberapa pertubuhan lain,” katanya lagi.

Semua asnaf yang dipilih diberi sumbangan RM100 seorang termasuk juadah berbuka.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 June 2017 12:14 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: