Kategori Berita Utama

Golongan muda perlu diterap dengan sejarah UMNO

11 MEI: Sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-71 hari ini, veteran UMNO melihat parti keramat itu masih lagi sama dari segi matlamat dan perjuangan, namun mempunyai barisan kepimpinannya yang lebih cemerlang dibandingkan dahulu.

Ini adalah kerana kepimpinan di bawah Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin kanan parti itu menggunakan acuan yang berbeza iaitu mendekati golongan muda.

Gambar fail, pengasas UMNO bergambar di Istana Besar, Johor Bahru pada 11 Mei ,1946.

Setiausaha Agung Kelab Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakob menegaskan bahawa golongan muda hari ini perlu diterapkan dengan roh dan sejarah perjuangan parti supaya pembentukan mereka tidak hanya terlalu materalistik demi masa depan negara.

“UMNO ini tiada bezanya, matlamat dan perjuangannya adalah tetap sama, tak ada yang berubah.yang berubah hanyalah kepimpinan sahaja. Kepimpinan yang dahulu mengikut cara dahulu, kepimpinan baru mengikut acuan yang baru.

“Kepimpinan ini hanya datang dan pergi, sama juga dengan parti politik yang lain.UMNO ini merupakan insitusi keramat untuk bangsa Melayu, malah UMNO akan terus relevan jika Melayu itu masih ada.

“Orang muda hari ini jahil tentang sejarah, mereka akan hilang terus jati diri jika kepimpinan UMNO hari ini tidak berusaha menerapkan sejarah UMNO dalam diri mereka, tentang kejayaan parti, turun naik UMNO sehingga kekal utuh sehingga hari ini,” katanya kepada BNBBC.my portal, Khamis.

Menurutnya lagi, penerapan sejarah dalam diri kalangan anak muda perlu menjadi keutamaan seiring dengan proses transformasi.

Jelasnya, pendekatan itu perlu bagi menangkis setiap dakwaan dan tohmahan daripada pihak pembangkang yang kini menggunakan strategi sama.

Tegas Mustapha (foto), gagasan Transformasi Nasional (TN50) yang dicetuskan oleh Perdana Menteri dilihat sebagai satu kejayaan buat kerajaan pada masa kin,  namun terdapat penambahbaikan yang harus dilakukan.

“Sungguhpun TN50 memberi kejayaan kepada kepimpinan UMNO dalam mendekati golongan muda, namunmasih banyak lagi penambahbaikan yang harus dilakukan. Kita tak mahu lahirkan golongan muda yang materalisitik sahaja dan maju ke hadapan tanpa menilai sejarah di belakang.

“Kita tak mahu anak muda kita jadi seperti robot, hanya berfikir ke hadapan, pembentukan jati dirinya maju ke hadapan, tetapi hilang sejarahnya,” tegas beliau.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 May 2017 1:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: