Kategori Berita GSTBerita Utama

GST akan dibukti tak bebankan rakyat pada 2015

22 DIS: Dakwaan pembangkang mengenai perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan membebankan rakyat tidak berasas dan hanya sekadar bersifat menentang setiap rancangan kerajaan.

Dakwaan tersebut akan menjadi tidak relevan apabila cukai tersebut dilaksanakan pada April 2015, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Goods-and-Services-Tax-GST-Implementation-in-Malaysia“Saya melihat peranan pembangkang ini hanya menentang pembangunan dan rancangan oleh kerajaan yang mana akhirnya pembangunan ini mendatangkan manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

“Mereka (pembangkang) menentang pembinaan Lapangan Terbang AntarabangsaKuala Lumpur (KLIA), lebuhraya Utara-Selatan, Putrajaya, KLCC dan sebagainya.Tapi sekarang, adakah mereka masih menetang projek-projek ini?

“Jadi apa yang penting pada saya, jika dia (pembangkang) mahu bising,bisinglah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar mengenai Wakaf anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pelancaran buku “Faham GST, tolak GST” oleh Pakatan Rakyat yang dikhuatiri bakal mengelirukan rakyat mengenai perlaksanaan sistem percukaian tersebut.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Husni juga menyatakan kebimbangan mengenai pemilikan ekuiti Bumiputera yang masih rendah, iaitu hanya pada tahap 23.5 peratus pada 2012.

Sehubungan itu, beliau menyeru peserta seminar itu mengambil peluang membincangkan beberapa langkah berkaitan bangsa dan kaum Bumiputera dalam proses transformasi ekonomi negara.

“Jika kita ingin pemilikan kekayaan Bumiputera mencecah 30 peratus, adalah perlu kadar peningkatan kekayaan Bumiputera berkembang lebih laju dari kadar pertumbuhan pendapatan kasar negara.

“Natijahnya, jika bangsa kita terlalu bergantung kepada sektor kegiatan ekonomi bernilai rendah, di mana penciptaan kekayaannya kecil, maka peningkatan kekayaan bangsa Melayu tidak mungkin tercapai,” katanya.

Ahmad Husni turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum bagi Pusat Antarabangsa Untuk Penyelidikan Wakaf, bagi membangunkan industri wakaf negara.

“Wakaf di negara kita memang tidak diekploitasi secara keseluruhannya dan saya memang bersetuju kita wujudkan satu pusat penyelidikan dan antara lain, kita perlu ada pangkalan data mengenai lokasi tanah-tanah wakaf di Malaysia sekarang untuk perancangan pembangunannya.

“Kita juga mestilah memikirkan bagaimana untuk mengadakan kolaborasi di antara negeri dan kerajaan pusat, disebabkan tanah-tanah wakaf ini diletakkan di bawah kelolaan kerajaan negeri,” katanya.–bnbbc.my

Husni Hanadzlah

Datuk Seri Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 December 2013 12:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: