Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

GST mansuh berkuatkuasa Jun tidak benar

14 MEI: Penularan kenyataan menggunakan nama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berkaitan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun depan adalah tidak benar.

Menurut MOF, kerajaan belum menetapkan sebarang tarikh untuk pemansuhan cukai berkenaan.

“Sehubungan itu, semua peniaga berdaftar dengan GST masih perlu menguna pakai sehinnga diberitahu kelak,” kata kementerian itu hari ini.

Berdasarkan kenyataan media palsu itu, ia menyebut GST dimansuhkan berikutan kemenangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Laporan yang tidak bertanggungjawab itu juga menyebut tiada cukai baharu akan dikenakan sepanjang dua tahun pertama pentadbiran PH dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya akan diperkenalkan semula pada tahun 2020 selepas kajian mendalam dilakukan untuk mengurangkan beban hidup.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 May 2018 2:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: