Kategori Analisa Isu SemasaBerita Utama

GUAN ENG, BANGKITLAH DARIPADA TIDUR

20 MAC: Barangkali kecewa Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabuddin Yahaya tidak melayannya bersemuka, Lim Guan Eng mencabar Shabuddin untuk mengulangi dakwaan berhubung isu pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang itu di luar Parlimen.

“Dia mempunyai kekebalan undang-undang di parlimen, tetapi adakah dia bersedia untuk mengulangi tuduhan itu di luar supaya saya boleh menggunakan hak saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau untuk membersihkan nama saya?” kata Guan Eng kepada pemberita di Komtar, Ahad.

imageApakah Ahli Parlimen Bagan itu ‘tidur’ atau ahli-ahli parlimen DAP mahupun sekutu dalam Pakatan Harapan juga ‘tidur’ sehingga tidak mengetahui bahawa Shabuddin sudah mengulangi soalannya mengenai nilai tanah dan banglo Guan Eng di luar Dewan.

Shabuddin sudah mengadakan sidang media di lobi Parlimen berhubung perkara itu ditemani Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Justeru itu, beranikah Guan Eng mengambil tindakan undang-undang terhadap Shabuddin kerana membuat tuduhan terhadapnya di luar Parlimen?

Sebenarnya Setiausaha Agung DAP itu sudah gabra kerana banyak pihak yang menilai pendedahan mengenai isu banglo dan tanah Taman Manggis ada logiknya.

Mungkin kerana itu Guan Eng mencabar Shabuddin membuat kenyataan terbuka di luar Parlimen.

Mungkin juga cabaran bersemuka sebelum ini dan tindakan beliau membawa media melawat banglonya di Jalan Pinhorn yang dibeli dengan harga RM2.8 juta sedangkan harga pasaran lebih RM6 juta.

lge garuAdakah beliau cuba mengalih isu bagi menggambarkan nilai banglo itu bersesuaian dengan harga pembelian pada 2015 sebenarnya bukan banglo mewah yang boleh mencecah RM6 juta?

Dalam isu ini, Guan Eng patut sedar perkara yang jadi keutamaan adalah nilai tanah selain banglo tersebut.

Kedua-dua perkara inilah yang menjadi nilai bagi setiap hartanah yang dijual mahupun dibeli.

Sebagai contoh sebuah rumah papan lama di Kampung Bharu Kuala Lumpur dengan luas binaan hanya 1,200 kaki persegi di tanah seluas 2,000 kaki persegi dijual dengan harga RM800,000 sedangkan rumah tersebut sudah usang dan tidak sesuai diduduki.

Pemiliknya sudah tentu menjual tanah bukannya rumah yang mungkin hanya puluhan ribu.

Satu perkara lagi yang Guan Eng patut sedar bahawa nilai banglo dan tanah yang dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah RM4.270 juta.

LHDN dipercayai merujuk kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi tujuan itu.

Berdasarkan penilaian itulah Guan Eng kena bayar RM122,100 kepada LHDN sebagai duti tafsiran pindah milik.

Perlu juga diketahui kadangkala penilaian oleh JPPH lebih rendah berbanding dengan harga pasaran sebenar.

Barangkali ini yang semakin merisaukan Guan Eng.

Malah, terbaru beliau memberi alasan kononnya nilai hartanah itu sebanyak RM2.8 juta diputuskan pada 2012 dan transaksi pembelian hanya dibuat pada 2015.

Eloklah beliau menjawab sahaja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah membuka kertas siasatan terhadapnya daripada membuat pelbagai cerita atau persepsi bagi menyelamatkan dirinya.

Guan Eng, bangkitlah daripada tidur.

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 March 2016 10:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]