Kategori Berita Utama

Guan Eng boros: Tukar Mercedes selepas 2 bulan guna Toyota Camry

31 DIS: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng jelas seorang yang hipokrit dan telah bertukar menjadi seorang manusia “kapitalis yang boros” bukannya lagi “sosialis yang berjimat” seperti yang beliau akui, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Abdul Rahman Dahalan.

Menerusi laman Twitter pada Selasa beliau yang mengulas berita mengenai Guan Eng menerima sebuah kereta mewah baru jenis Mercedes-Benz S300L sebagai kereta rasmi daripada kerajaan negeri Pulau Pinang menyifatkan Guan Eng manusia lidah bercabang.

Lim Guan Eng tersenyum riang menerima kereta rasmi barunya Mercedes-Benz S300L pada Isnin. Perdana Menteri dan timbalannya serta menteri Kabinet pula hanya akan menggunakan roton Perdana baru yang diterima awal bulan ini.

Lim Guan Eng tersenyum riang menerima kereta rasmi barunya Mercedes-Benz S300L pada Isnin. Perdana Menteri dan timbalannya serta menteri Kabinet pula hanya akan menggunakan Proton Perdana baru yang diterima awal bulan ini.

Abdul Raman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, dalam pada sibuk mengutuk Kerajaan Pusat serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononya boros, Setiausaha Agung DAP itu tidak menolak untuk menggunakan kereta mahal tersebut.

“Apa yang boleh beliau lakukan ialah jual semula Mercedes baru itu. Kalau tidak itu cuma menggambarkan dengan jelas beliau seorang yang lidah bercabang, hipokrit dan juga ‘double-standard’.

“Dengan pembelian kereta baru itu, Lim Guan Eng yang sebelum ini menganggap dirinya sebagai seorang sosialis penjimat, kini telah bertukar imej menjadi seorang kapitalis pemboros yang sempurna,” katanya Abdul Rahman.

Rahman kritik LGE on MercBeliau selajutnya menyindir Guan Eng dengan menyatakan ketika Perdana Menteri sibuk melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Ketua Menteri itu  dalam diam rupanya melaksanakan GTP juga tetapi ermaksud “Guan Eng Transformasi Project”.

Rahman turut menasihati Guan Eng supaya tidak membawa kereta barunya ke perhimpunan haram di Dataran Merdeka Rabu malam bagi mengelakkan keretanya calar di baling batu.

Media hari ini memeparkan gambar Guan Eng tersenyum riang dengan kereta barunya itu yang diterima pada Isnin.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Jait dilaporkan berkata, Guan Eng diberikan dua buah kereta mewah iaitu Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300, tetapi Guan Eng hanya menggunakan sebuah kenderaan iaitu S300L.

Lim Guan Eng ketika menerima Toyota Camry 2.5 sebagai kenderaan rasmi Oktober lalu.

Lim Guan Eng ketika menerima Toyota Camry 2.5 sebagai kenderaan rasmi Oktober lalu.

Mercedes-Benz S300L itu dibeli pada harga diskaun RM298,263.75 dan nilai pasaran sebenar model itu adalah RM657,218.

“Kereta Mercedes-Benz S300L itu dikecualikan daripada cukai dan telah diberikan diskaun istimewa sebanyak RM100,000,” kata Mokhtar.

“Pembekal kereta Mercedes-Benz itu turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak perlu membeli Mercedes-Benz S300L dan boleh mengembalikannya kepada pembekal sekiranya pengecualian cukai tidak diberikan.” tambah Mokhtar.

Katanya lagi, mesyuarat exco kerajaan negeri pada 20 November lalu sepakat memutuskan untuk membeli kereta mewah berkenaan walaupun kereta Toyota Camry 2.5 yang baru digunakan Guan Eng pada Oktober lalu masih berkeadaan baik.

“Kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakan oleh Lim akan digunakan oleh Timbalan Speaker, Maktar Shapee,” katanya -bnbbc.my

Proton akan serah 200 unit Perdana varian baharu untuk dijadikan kenderaan rasmi kerajaan.

Proton akan serah 200 unit Perdana varian baharu untuk dijadikan kenderaan rasmi kerajaan, termasuk Perdana Menteri, timbalanya serta semua menteri Kabinet.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 December 2013 7:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: