Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Guan Eng dituntut perjelas bayaran kajian projek terowong

26 JUN: Kerajaan Pulau Pinang diketuai Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu tampil memberi penjelasan berkenaan pelepasan pembayaran bagi Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) projek pembinaan tiga jalan di bawah projek terowong dasar laut.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata ianya selepas pembayaran penuh bagi kajian itu sudah dibayar, walaupun Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) belum siap sepenuhnya.

“EXCO Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow, menjelaskan bahawa pembayaran RM209 juta, termasuk bagi DEIA projek terbabit sudah pun dibuat sepenuhnya secara berperingkat kepada syarikat konsesi dengan transaksi terakhir direkodkan pada 22 Mac lalu.

“Persoalannya, kenapa pembayaran penuh dibuat sedangkan EIA dijalankan dan belum diluluskan, selain bantahan terhadap pelaksanaan projek ini masih boleh dikemukakan sehingga 19 Julai depan, ” katanya, Isnin.

Projek terowong bertol bernilai RM6.3 bilion serta tiga lebuh raya yang ditawarkan kepada Konsortium Zenith-BUCG (CZBUCG) melalui tender terbuka itu dijangka siap menjelang 2027.

Ianya menjadi isu hangat sejak beberapa bulan lalu dikalangan pertubuhan bukan kerajaan serta pembangkang di negeri itu berikutan pembangunan itu dikatakan mengabaikan alam sekitar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 June 2017 9:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: