Kategori Berita Utama

Guan Eng puji BN, pengorbanan Dr Wan Azizah tersisih

12 NOV: Langkah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memuji kerajaan BN atas bantuan yang dihulurkan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang, berkemungkinan mencetus perasaan kurang senang kalangan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Berucap dalam Kongres Khas parti sempena Pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), Ahli Parlimen Bagan itu berkata ia berjaya mendekatkan semua sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan kaum, agama atau politik.

Pujian itu ditujukan kepada Perdana Menteri dan timbalannya, serta beberapa pemimpin BN lain.

“Saya menghargai kerjasama Kerajaan Persekutuan atas tindakan pantasnya terhadap rayuan saya memohon bantuan pada hari yang malang itu pada awal pagi 5 November.

“Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Noh Omar atas pertolongan mereka.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Bomba, Polis, RELA dan semua agensi negeri dan Persekutuan, serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan kerana bersungguh-sungguh membantu dengan ikhlas,” katanya di Shah Alam, Ahad.

Bagaimanapun dalam pujian tersebut hanya terselit satu sahaja nama pemimpin pembangkang iaitu Azmin dan tidak menyebut nama Ketua Pembangkang atau rakan gabungan PH yang sepatutnya lebih menghulurkan bantuan daripada kerajaan BN yang dikutuk selama ini.

Bukan untuk mempolitikkan keadaan, namun rakan gabungan partinya itu dilihat lebih sibuk berarak dari parlimen ke Dataran Merdeka mengingati Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan jika Ketua Menteri Pulau Pinang itu benar-benar menghargai usaha rakan dalam HARAPAN,  nama pemimpin kanan pembangkang seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  dan Tun Dr Mahathir Mohamed tercicir.

Mungkin juga, Dr Wan Azizah tidak meminta DAP untuk menyebut namanya sebagai tanda penghargaan, tetapi ia seolah-olah mengabai  terus penghormatan yang sepatutnya diberikan kepadanya sebagai Ketua Pembangkang serta Ahli Parlimen di Pulau Pinang.

Sementara itu, Guan Eng berkata sehingga jam 7.30 pagi tadi, tabung bantuan banjir Pulau Pinang  sudah menerima sejumlah RM7,5 juta hasil sumbangan orang ramai.

Dalam kejadian banjir di negeri itu pada 4 dan 5 Nov lalu, tujuh orang dilaporkan terkorban serta kerugian ditafsirkan berjuta-juta ringgit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 November 2017 12:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: