Kategori Berita Utama

DAP sedang membawa P.Pinang ke ‘failed state’?

15 JUN: Wakil rakyat UMNO di Pulau Pinang, Datuk Sr Muhamad Farid Saad membidas kerajaan negeri diterajui DAP yang didakwa sedang membawa Pulau Mutiara itu ke arah ‘failed state’.

Menerusi satu kenyataan, ADUN Pulau Betong itu menimbulkan persoalaan dengen menyertakan data ‘Purata Gaji dan Pendapatan Bulanan’ seluruh Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan pada 8 Mei lalu.

“Jika dilihat kepada jadual di sini, kedudukan Pulau Pinang kini adalah ditangga ketujuh daripada 16 buah negeri di Malaysia.

“Pada tahun 2012, purata pendapatan rakyat Johor sudah mengatasi Pulau Pinang dan pada tahun 2013 Negeri Sembilan mengatasi Pulau Pinang. Negeri-negeri seperti Terenganu, Kelantan dan Perak juga menunjukkan pengukuhan yang jauh lebih baik dari Pulau Pinang,” katanya, Khamis.

Tegasnya Farid, data daripada Jabatan Perangkaan juga menunjukkan bahawa purata kenaikan pendapatan pada pada tahun lalu berbanding dengan 2010 adalah 39 peratus bagi keseluruhan Malaysia.

“Bagaimanapun, bagi Pulau Pinang, peratus kenaikan hanyalah 35.81 peratus, iaitu dibawah purata negara. Dengan lain perkataan negeri di bawah purata (below average state).

“Manakala, purata kadar pengangguran negara adalah pada kadar 3.4 peratus pada tahun 2016, namun jika dirujuk kepada ucapan bajet oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng tahun lepas yang menyebut bahawa kadar pengangguran Pulau Pinang adalah di paras terendah iaitu 1.6 peratus serta terdapat kekurangan pekerja seramai 20,000 orang,” katanya yang melihat perkara itu mengelirukan rakyat Pulau Pinang.

Sementara itu, Farid juga mendakwa fakta didedahkan oleh Guan Eng seperti satu gambaran palsu yang menunjukkan seolah-olah  Pulau Pinang terlalu maju sehinggakan terdapat peluang pekerjaan tanpa diisi pekerja.

“Adakah negeri yang tidak cukup pekerja, memberikan implikasi kepada purata gaji yang rendah. Adakah pengangguran sebenar di Pulau Pinang adalah tinggi kerana penutupan kilang-kilang besar dan sederhana di negeri ini?

“Adakah Pulau Pinang sedang menuju menjadi sebuah Failed State? Kebenaran itu milik rakyat,” soalnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 June 2017 11:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: