Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Guan Eng sedia jumpa Zahid

4 JULAI: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan kesediaan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya isu pembatalan pendaftaran partinya di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dapat diselesaikan segera.

“Saya sedia berjumpa Zahid untuk membersihkan sebarang cubaan membatalkan pendaftaran DAP.

“Kita mahu pilihan raya yang adil,” katanya hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika mengulas kenyataan Zahid bahawa keputusan akan dibuat minggu depan berhubung kontroversi dalam pemilihan DAP pada Disember 2012.

Isu berkenaan bermula selepas berlaku kesilapan teknikal sehingga menyebabkan penyelewengan dalam kiraan undi ketika pemilihan parti.

Walaupun kesilapan diperbetulkan, namun sebilangan kecil ahli parti tidak berpuas hati dan membuat aduan kepada RoS sehingga menyebabkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP diangap tidak sah.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah RoS pada minggu depan dan mengesa pihak tertentu tidak membuat spekulasi bahawa UMNO cuba melucutkan pendaftaran DAP.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 July 2017 4:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: