Kategori Berita Utama

Guan Eng terbukti menipu dan memutar-belit lagi

5 JANDakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan kononnya tiada tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu pembaziran wang rakyat membabitkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

SPRM dalam satu kenyataan media yang diemailkan kepada bnbbc.my menyatakan, sekurang-kurangnya 15 perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah pun dibuka kertas siasatan dan sedang disiasat oleh badan bebas itu.

Kenyataan SPRM pada Ahad yang dihantar ke bnbbc.my.

Kenyataan SPRM pada Ahad yang dihantar ke bnbbc.my.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan diminta meneliti Laporan Tahunan SPRM dan juga Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang turut diedarkan kepada semua Ahli-Ahli Parlimen.

Selain kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM dari semasa ke semasa, kedua-dua dokumen berkenaan memperincikan semua tindakan yang telah diambil oleh SPRM, termasuk berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara.

SPRM telah mengambil tindakan wajar secara bebas, telus dan profesional ke atas semua perkara yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara, termasuk yang terbaru dikeluarkan pada awal Oktober 2013.

Semua tindakan yang diambil dimaklumkan kepada JKMR dan Panel Penilaian Operasi (PPO) dari semasa ke semasa.

Untuk rekod JKMR adalah salah sebuah badan bebas yang memantau perjalanan SPRM sejak 2009, yang turut dianggotai oleh wakil DAP iaitu Dr Tan Seng Giaw.

Oleh itu, jika Guan Eng malas membaca laporan tahunan SPRM atau JKMR mengenai status kes dan tindakan diambil SPRM, beliau juga boleh merujuk kepada wakil DAP yang menganggotainya iaitu Dr Tan Seng Giaw.

Dalam kenyataan media yang sama, SPRM mengulangi bahawa agensi itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedang menyiasat isu pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bagaimanapun SPRM menyambut baik pendirian Guan Eng yang mengalu-alukan sebarang siasatan ke atas isu pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Jadi bila Guan Eng sebagai Ahli Parlimen Bagan menuduh SPRM tidak mengambil tindakan terhadap pendedahan Laporan Ketua Audit Negara apa maknanya?

Jawapannya tentunya sama beliau malas membaca, ataupun beliau menipu rakyat yang tidak berpeluang membaca laporan JKMR yang salinannya dimilki oleh semua Ahli Parlimen.

Sebetulnya Guan Eng tidak perlu risau sama ada SPRM akan menjalankan siasatan atau tidak kerana perkara itu beliau boleh jawap kemudian setelah siasatan dijalankan – jika ada siasatan kelak.

Apa yang dipersoalkan dan perlu beliau jawap sekarang ini adalah isu moral, isu prinsip dan isu etika.

Tidak mungkin Guan Eng lupa beliau suatu ketika dahulu begitu lantang mengkritik Kerajaan Negeri Terengganu yang membeli 14 kereta Mercedes E200 untuk digunakan menteri besar, exco dan pegawai kanannya.

“Adalah tidak wajar Kerajaan Negeri Terengganu membelanjakan RM3.42 juta untuk membeli 14 buah kereta Mercedes Benz E200 Kompressor, terutama pada ketika rakyat menderita kerana peningkatan kos hidup. Sepatutnya kita mengamalkan kesederhanaan,” kata Guan Eng ketika itu.

Adakah rakyat negeri Pulau Pinang ketika ini sedang hidup mewah dan tidak terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sehingga Guan Eng memutuskan untuk menukar kenderaan rasmi yang baru dibeli beberapa bulan kepada Mercedes-Benz S300L yang baru?

Bukankah Toyota Camry 2.5 kelihatan lebih sederhana berbanding Mercedes-Benz S300L?

Tindakan Guan Eng ini seperti meludah ke langit dan sukarela menjilat semula ludah itu,-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 January 2014 6:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: