Kategori Berita Antarabangsa

Gumpulan rambut dikeluar dari perut

15 JULAI: Sekumpulan doktor di sebuah hospital di India mengeluarkan gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram dalam perut seorang gadis berusia 16 tahun.

Gadis dikenali Aakansha Kumari dibawa ke hospital selepas berat badannya turun mendadak serta mengalami masalah pemakanan serta sering muntah-muntah.

Kumari didapati memakan rambutnya secara rahsia sejak bertahun-tahun lalu dan keluarganya hanya mengetahui perkara itu selepas membawanya ke hospital.

Imbasan X-ray menemui gumpalan rambut yang besar di dalam perut gadis itu.

Doktor memberitahu, Kumari menghidap sejenis penyakit ganjil di kenali sebagai trichophagia di mana pesakit sering memakan rambut mereka sendiri.

Satu pasukan perubatan diketuai Dr Abhay Kumar membuat satu pembedahan bagi mengeluarkan gumpalan rambut di dalam perut gadis itu.

“Gumpalan rambut ini hampir memenuhi perut pesakit sehingga menyebabkan dia hilang selera makan.

“Keadaan pesakit kini semakin baik selepas pembedahan,”lapor Agensi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 July 2017 11:43 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: