Kategori Berita Antarabangsa

Gunung berapi Mayon mungkin meletus

22 JAN: Tahap amaran gunung berapi Mayon di Filipina dinaikkan daripada tiga kepada empat yang bermaksud kemungkinan “letusan berbahaya akan berlaku”.

Memetik agensi berita Xinhua, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) berkata, tahap amaran dinaikkan beberapa minit selepas gunung berapi itu tiba-tiba memuntahkan lahar pada sebelah tengah hari.

Terdahulu laporan Phivolcs pada sebelah pagi mendapati gunung berapi berkenaan mengeluarkan lahar setinggi 500 meter hingga 200 meter, pada jam 10.45 pagi waktu tempatan pada Ahad dan pada jam 2.25 pagi Isnin.

Gunung Mayon, satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina serta terkenal dengan keindahan dan simetri yang hampir sempurna

Mempunyai ketinggian 2,462 meter, gunung itu terletak di wilayah Albay di Pulau Luzon kira-kira 300 kilometer di tenggara Manila.

Sementara itu, Gabenor Albay, Al Francis Bicharad dilaporkan berkata semua sekolah di seluruh wilayah itu akan ditutup pada 23 Januari.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 January 2018 5:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: