Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Guru digesa jalankan peranan masing-masing, kata Noh

25 MEI: Golongan pendidik terutama di Selangor perlu sentiasa bersedia mendepani pembaharuan pendidikan negara melalui perlaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam menjayakan program Transformasi Nasional 2050 (TN 50).

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Tan Sri Noh Omar menegaskan transformasi tersebut akan berjaya jika guru melaksanakan peranan masing-masing.

“Negara memerlukan modal insan yang memiliki pengetahuan, kemahiran berfikir, berkepimpinan, beretika dan memiliki identiti nasional yang jitu.

“Kita mahu modal insan negara pada era akan datang memiliki keupayaan berdaya saing pada peringkat global dan mempunyai kualitinya tersendiri.

“Oleh itu saya menharapkan warga pendidik menyayangi profesion guru ini kerana bakti luhur jasa murni guru tidak terbalas dalam menyediakan pembangunan modal insan kepada negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan perayaan Hari Guru peringkat Selangor, di Taman Expo Pertanian Malaysia, Serdang, Khamis.

Turut hadir adalah Pengarah Pendidikan negeri, Mohd Salleh Mohd Kassim.

Dalam majlis berkenaan, Noh menyampaikan anugerah kepada empat orang warga pendidik yang dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Selangor iaitu Datuk Dr Zahri Aziz, Datin Noorul Aini Ambak, Datin Zaleha Abu Hassan dan Pat Yoon.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyifatkan pendidikan menjadi prasyarat utama untuk membina sebuah negara dengan bangsa yang teguh.

“Melalui pendidikan berkualiti dapat mengukuhkan perpaduan, pembinaan identiti nasional, persefahaman dan saling meraikan kepelbagaian resam budaya dan kaum di Malaysia.

“Mustahil kita meminggirkan guru dalam merealisasikan aspirasi, apatah lagi perjuangan guru telah lama terpahat dalam sejarah negara ini,” jelasnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 May 2017 4:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: