Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Had pembiayaan AIM ditambah

15 APRIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dana khas Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM100 juta untuk disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah serta miskin.

Pembiayaan itu membabitkan pinjaman I-Sejahtera ditingkatkan daripada RM10,000 pada masa ini kepada RM15,000.

Selain itu, pinjaman I-Wibawa ditingkatkan daripada RM5,000 kepada RM15,000.

Najib membuat pengumuman itu ketika berucap pada Program Himpunan Usahawan AIM Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan hari ini.

Tambah beliau, pihaknya sentiasa memberi keutamaan kepada AIM dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang dilhat memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan pendapatan rakyat.

“Tiap-tiap tahun dalam bajet, saya tidak lupa memberi peruntukan kepada dua agensi berkenaan yang mampu mengubah nasib golongan yang memerlukan bantuan.

“Insya-Allah, sebagai Perdana Menteri, saya akan terus bantu AIM,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 12:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: