Kategori Berita Utama

Hadi hentam Kit Siang, ancaman terbesar hidup pelbagai agama

29 APRIL : PAS kesal terdapat pemimpin politik yang berlumba-lumba menjadi penentang ketika masyarakat Islam cuba meningkatkan hukuman syariah.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara jelas dalam ucapannya berkata tindakan pemimpin parti tersebut adalah ancaman terbesar kepada keharmonian dan kebebasan hidup pelbagai agama di Malaysia.

“Sebagai sebuah parti yang besar dalam negara ini dan mempunyai jentera yang menyeluruh di serata negara, kita amat menyedari dan memahami realiti halangan dan kelebihan yang ada di hadapan kita, malah PAS amat menyedari kepelbagaian rakyat yang ada dalam negara bernama Malaysia ini.

“PAS yakin bahawa dengan Malaysia didiami oleh masyarakat plural dan majmuk, berbagai latarbelakang agama dan budaya, dengan bahasa dan loghat yang berbagai-bagai, sudah tentunya kita mesti melihatnya sebagai satu kelebihan dalam merencanakan perubahan, pembangunan fizikal dan spiritual.

“Tapi apa yang kita kesalkan ialah, ada juga di kalangan parti politik yang berlumba – lumba untuk menjadi penentang agenda untuk meninggikan syiar Islam di kalangan rakyat beragama Islam dalam negara kita ini. Mereka saling cabar mencabar, siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar Islam, seolahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini., Tindakan sebegini sekiranya berterusan, adalah ancaman terbesar kepada keharmonian dan kebebasan hidup beragama yang dinikmati di Malaysia yang menjadikan “Islam sebagai Agama Persekutuan”,” katanya dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kedah, Sabtu.

Sebelum ini, ketika Abdul Hadi ingin membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen, Lim Kit Siang memulakan ‘Point of Order’ bagi menolak RUU tersebut daripada dibahaskan.

Ahli parlimen pembangkang Melayu sama ada dari PKR dan PAN hanya diam membisu dengan tindakan Kit Siang dan membiarkan rakan sekutunya bangun menentang  terus mengasak Abdul Hadi yang juga merupakan ahli parlimen Marang.

Tindakan Kit Siang itu disokong Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen PKR Gopeng, Lee Boon Chye, Ahli Parlimen PKR Gooi Hsiao Leung, Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran dan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani a/p Patto.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 April 2017 12:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: