Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hadi jangka PAS berpengaruh selepas PRU

13 JAN: PAS meramalkan bahawa tiada satu parti yang mampu memperolehi kerusi yang cukup dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 untuk membentuk kerajaan.

Pada masa sama, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan menjadi tempat kebergantungan parti politik lain.

“Jika PAS boleh mendapat 40 kerusi parlimen, parti lain yang tidak boleh nak tubuh kerajaan akan bergantung kepada 40 kerusi ini.

“Walau pun parti lain ada 100 kerusi, 80 kerusi, kerana nak tubuh kerajaan kena ada minima 112 kerusi.

“Jika PAS ada 40 kerusi, bermakna kita akan menjadi tempat kebergantungan siapa yang nak tubuh kerajaan. Dengan 40 kerusi ini, PAS ada pengaruh dan boleh minta macam-macam,” katanya yang dipetik dari Harakah Daily.

Hadi berkata demikian pada majlis Pelancaran Dana RM1 Juta ke Wisma Darul Iman di Masjid Rusila, di kawasan parlimennya di Marang, Jumaat.

Pada PRU13, PAS bertanding 65 kerusi parlimen dan menang 21 daripadanya.

Namun parti Islam itu sudah kehilangan tujuh kerusi termasuk parlimen Pokok Sena yang dipegang Datuk Mahfuz Omar yang keluar parti itu awal tahun ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 6:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: