Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pergi kenduri kahwin, dapat sekampit beras

18 FEB: Seramai 7,000 pengunjung dalam majlis perkahwinan sepasang pengantin di Taman Sri Lichong, Pasir Puteh dikejutkan dengan pemberian sekampit beras seberat lima kilogram sebagai cenderahati.

Kelainan itu dikatakan menjadi punca perkahwinan Mohd Nasruddin Azmi dan isterinya Nor Suhaida Mohamad pada hari ini diserbu tetamu sehingga menyebabkan jalan di sekitar perumahan itu mengalami kesesakan sejauh dua kilometer.

Bapa pengantin lelaki, Azmi Mohd Noor (tiga dari kanan) menghadiahkan beras kepada tetamu yang hadir

Lapor BH Online, bapa pengantin lelaki, Azmi Mohd Noor berkata pihaknya menyediakan sebanyak 7,000 kampit beras untuk diagihkan kepada semua tetamu yang hadir semata-mata kerana beramal.

“Malah majlis meraikan anak lelaki sulung saya turut menyediakan 17 gulai kawah membabitkan lima ekor lembu, tujuh ekor kambing dan 500 ayam yang semuanya dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk kampung seawal jam 6 pagi,” katanya.

Dengan nada merendah diri, Azmi berkata dia datang daripada keluarga yang susah.

“Jadi, hari ini saya seperti mahu membalas jasa orang kampung dan tetamu yang hadir,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 February 2018 7:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: