Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hak bahagian batal jemputan : Muhyiddin

2 OGOS : Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengambil hati tindakan sesetengah bahagian UMNO yang menarik balik jemputan untuk beliau merasmikan mesyuarat bahagian masing-masing.

“Tidak apa itu hak saudara-saudara. Tidak payah beri apa-apa sebab atau keterangan panjang lebar. Saya faham,” muh kluangkata Timbalan Presiden UMNO itu dalam ucapan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kluang, di Johor, Ahad.

Menurutnya, beliau menyedari hak setiap bahagian UMNO untuk membuat keputusan terbaik untuk mereka.

“Namun saya amat terharu dengan semangat besar ditunjukkan pemimpin serta ahli UMNO Johor termasuk Bahagian Kluang yang mengalu-alukan kedatangan saya merasmikan mesyuarat bahagian di negeri ini.

“Ini bermakna UMNO Johor hormati institusi kepimpinan dan mengiktiraf jawatan Timbalan Presiden UMNO yamg dipilih seramai 150,000 perwakilan UMNO,” katanya.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 August 2015 2:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: