Kategori Berita Utama

Hak Bumiputera terjamin selagi BN terajui negara

15 APRIL: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus wujud, selagi UMNO dan BN diberi mandat oleh rakyat menerajui negara.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan memastikan gerakan didalangi pihak tertentu untuk melihat agensi menjaga agenda Bumiputera ‘terkubur’ tidak berlaku.

“MARA juga akan terus berkembang sebagai sebuah institusi kebanggaan Bumiputera kerana sebati dengan saya kerana diasaskan ayahanda, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

“Selain itu, kewujudan MARA mempunyai kaitan dengan Perlembagaan UMNO yang merangkumi perjuangan sosio-ekonomi Bumiputera dan Melayu,” katanya ketika menghadiri Himpunan Anak MARA di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (MIAT) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di ibu kota hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi MARA, Datuk Awang Adek Hussin, Pengerusi UniKL, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Pada masa sama, Najib yang juga Pengerusi BN mengingatkan rakyat menghindari momokan pembangkang kononnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bakal dibadai tsunami orang Melayu.

“Letakkan kepercayaan kepada UMNO dan BN kerana ia satu-satunya parti politik yang boleh menjamin masa depan serta kelangsungan generasi anak cucu kita,” kata beliau lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 8:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: