Kategori Berita Utama

Hak rakyat untuk pilih kerajaan – PM

26 JAN: Pilihan raya perlu digunakan sebaik mungkin oleh setiap rakyat yang layak mengundi untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata berdasarkan sistem demokrasi, semua orang mempunyai hak menggunakan kuasa seperti ditetapkan dalam Perlembagaan.

“Namun, kita tidak boleh berkempen secara negatif dan inilah masa untuk menggunakan hak itu bagi menentukan kerajaan pilihan kita.

“Ini tanggungjawab kita sebagai individu dan kita ada peranan siapa yang patut menjadi kerajaan di negara ini,” katanya.

Najib berkata demikian di akhir lawatan dua hari ke India untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India di New Delhi hari ini.

Perdana menteri mengulas berkenaan kempen #UndiRosak dalam media sosial yang digerakkan pihak terrtentu sejak awal minggu ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 January 2018 9:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: