Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hakim halang hujah pendakwa kes pasangan di Sweden

14 MAC: Hakim Mattias Moller yang mengendalikan perbicaraan pasangan warga Malaysia, Azizul Raheem Awaluddin dan isterinya, Shalwati NurShal menghalang penghujahan pegawai pendakwa Anna Arnell atas alasan kes itu telah ditutup.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, Moller bertindak demikian selepas mengatakan bahawa siasatan mengenai kes itu telahpun selesai dan kini fokus hanya diberi kepada penghujahan penutup.

“Perbicaraan yang bermula jam 9 pagi hari ini telah dimulakan dengan hujah penutup daripada Arnell yang membacakan semua pertuduhan ke atas kedua-dua pasangan itu.

ibubapasweden“Kertas pertuduhan setebal 11 muka surat itu dibacakan satu persatu bagi memberi gambaran jelas mengenai dakwaan yang dikemukakan.

“Antara pertuduhan tersebut termasuk insiden dimana Azizul dikatakan telah memukul Ammar sewaktu berada dalam kereta selain Shalwati yang turut memberikan sentuhan fizikal kepada anaknya Aishah kerana mencuri coklat,”  katanya dalam satu kenyataan kepada bnbbc.my di sini petang tadi.

Tambah kenyataan itu, Selain Arnell, peguam yang dilantik oleh kerajaan Sweden untuk mewakili anak-anak pasangan terbabit, Johann Karluss dan Clara Hjort turut memberikan penghujahan penutup.

Bagaimanapun jelas beliau, kedua-dua peguam itu mengulangi kembali perjalanan kes dan seterusnya merumuskan keterlibatan pasangan terbabit dalam semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Katanya lagi, Karluss dilihat cuba mengaitkan rotan yang terpatah dua dengan tuduhan ia disebabkan pukulan-pukulan yang dilakukan oleh pasangan terbabit.

Khairul memberitahu, peguam bela telah diberikan peluang mengemukakan penghujahan penutupan pembelaan bagi kes itu.

Pada 10 Februari lalu, Azizul Raheem dan Shalwati didakwa di mahkamah daerah Solna atas pertuduhan memukul keempat-empat anak mereka antara tahun 2010 hingga 2013.

Tuntutan pertuduhan yang disifatkan sebagai luar jangkaan itu diterima mahkamah dalam bentuk bertulis yang dikemukakan pihak pendakwa raya.

Pertuduhan itu menyebut  pasangan  berkenaan didakwa memukul anak- anak mereka dengan penyangkut baju, kayu dan tali pinggang dalam beberapa kejadian. – bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2014 10:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: