Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hakim Syariah buat laporan polis terhadap Rafizi

4 MEI: Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Datuk Mahammad Ibrahim membuat laporan polis berhubung kenyataan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa hakim Mahkamah Syariah terbabit dalam gejala rasuah.

Beliau membuat laporan polis itu hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bersama Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia, Ibrahim Ideris.

Sebelum itu, Rafizi dalam satu program Parlimen Pakatan Harapan pada 10 April lalu dilaporkan mengeluarkan kenyataan mendakwa risiko rasuah adalah tinggi di Mahkamah Syariah berikutan pindaan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang tidak menaikkan gaji hakim mahkamah syariah.

Mahammad menyifatkan kenyataan itu berunsur fitnah serta mampu mencemar dan mengikis kepercayaan terhadap institusi kehakiman syariah di negara ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan ketika dihubungi sebuah portal berita mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 May 2017 5:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: