Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Halang pihak cuba pertikai kedudukan Islam

21 MAC: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan pihak tertentu mempertikai kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dihalang kerana semua pihak sudah mengakuinya sebagai agama rasmi.

Beliau berkata, selama lebih 50 tahun kedudukan Islam dihormati semua kaum sehingga Malaysia dijadikan model negara Islam di peringkat dunia.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, apabila ada pihak mula mempertikai kedudukan Islam, maka wajib bagi masyarakat Melayu mempertahankannya tanpa mengira fahaman dan pandangan.

Ruang untuk agensi kerajaan memperbaiki pengurusan bencana dikenalpasti berikutan pelaksanaan operasi ketika bencana banjir awal Disember lalu, kata Tan Sri Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di Putrajaya, Jumaat.

Muhyiddin ..kedudukan Islam dihormati dunia

“Umat Islam perlu mengukuhkan ukhwah dan berusaha mempertahan kerajaan sedia ada agar kedudukan Islam dalam perlembagaan dapat dipertahan selama-lamanya.

“Jangan sampai ada pihak mempertikai kedudukan Islam dan menghantar referendum, ini akan mengorbankan apa yang dipertahan bapa kemerdekaan kita dahulu selepas ia dipersetujui semua masyarakat,” katanya di sini, pada Jumaat.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Rakyat di perkarangan Masjid Jabatan Penjara Malaysia yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk setempat.

Terdahulu, Muhyiddin bersama Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar menunaikan solat Jumaat bersama penduduk.

Dalam pada itu beliau berkata, tidak ada perkara yang boleh dipertikai kerana kerajaan memberi jaminan kepada masyarakat berbilang bangsa di negara ini mengamalkan agama dan kebudayaan mereka secara bebas.

“Soal kepimpinan sangat penting bagi menguruskan negara seperti Malaysia kerana kita perlu memilih pemimpin yang berwibawa, berintegriti serta bertanggungjawab kepada semua masyarakat.

“Perlu diakui Malaysia menjadi contoh dalam sistem ekonomi dan pentadbiran kepada banyak negara luar kerana keupayaan pemimpin kita dan pada masa sama semua masyarakat dapat membangun bersama,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 March 2014 5:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: