Kategori Berita Utama

Halatuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 perkasakan Agenda Bumiputera

19 APRIL: Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 (BETR 2.0).

Hala Tuju BETR 2.0 adalah satu lembaran berwajah baharu kepada perjuangan memperkasakan Agenda Bumiputera yang dikenali sebagai Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB).

Perdana Menteri berkata TKB akan lebih bersifat inklusif atau terangkum lagi holistik berbanding Agenda Bumiputera yang lebih tertumpu kepada sudut ekonomi sahaja.

Najib berkata, TKB bermaksud membela dan memperkasakan Agenda Bumiputera dan tidak terhad kepada bidang tertentu seperti ekonomi semata-mata.

Bahkan lebih mustahak lagi, beliau menegaskan TKB itu turut merangkumi segenap aspek kesejahteraan hidup seperti pendidikan, kesihatan, sosial dan budaya.

“Sesungguhnya, TKB kini memasuki Fasa Kedua yang berasaskan kepada Lima Transformasi Utama Bumiputera.

“Yang pertamanya dengan cara melonjakkan skala Bumiputera, kedua menerusi memperkasakan modal insan Bumiputera.

“Ketiga, meningkatkan daya saing Bumiputera, keempat menerusi mendayakan mobiliti sosial Bumiputera dan kelima dengan mentransformasikan kesejahteraan Bumiputera secara tuntas dan holistik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Halatuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Datuk Abdul Rahman Dahlan dan beberapa Menteri Kabinet lain.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 April 2017 7:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]