Kategori Berita Utama

Halimah jalani fisioterapi pulihkan kaki

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang patah kaki kanan serta cedera kaki kiri akan memulakan rawatan fisioterapi minggu depan.

Ahli Parlimen Tenggara itu memberitahu, simen dikakinya sudah pun dibuka bagi pembedahan mengeluar skru.

halimahsadiq“Kena mula fisioterapi minggu depan…sekarang baru boleh berdiri,” katanya ketika dihubungi bnbbc.my.

Halimah berkata, beliau akan meneruskan cuti sehingga betul-betul sembuh.

Mengenai nasibnya yang tersenarai sebagai calon Majlis Tertinggi, beliau menyerahkan kepada perwakilan kerana tidak langsung dapat berkempen.

Halimah ditimpa kemalangan ketika bercuti di Bali, Indonesia pada 20 Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, kaki kanan patah dan kaki kiri terseliuh menyebabkan urat terkeluar daripada buku lali.

Beliau menerima rawatan di sana dan pulang ke tanah air empat hari kemudiannya. – 11/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 October 2013 2:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: