Kategori Berita Antarabangsa

Hamas-Fatah berdamai

13 OKT: Hamas mencapai perjanjian perdamaian dengan Fatah yang akan menamatkan persengketaan selama sedekad di Palestin.

“Kedua-dua pihak bersetuju dengan syarat untuk berdamai yang ditaja kerajaan Mesir,” kata jurucakap Hamas dalam satu kenyataan, semalam.

Sejak Selasa lalu, delegasi daripada kedua-dua belah pihak mengadakan pertemuan di Kaherah untuk menyelesaikan butiran penyerahan pentadbiran termasuk keselamatan di Genting Gaza dan lintasan sempadan.

Menurut laporan Agensi, di bawah perjanjian itu, seramai 3,000 anggota keselamatan Fatah akan menyertai pasukan polis di Gaza.

Kedua-duanya juga berharap perjanjian penempatan pasukan keselamatan Fatah yang dipimpin Pihak Berkuasa Palestin (PA) di sempadan Gaza akan menggalakkan Mesir dan Israel untuk menarik semula sekatan mereka di laluan sempadan, sekali gus membantu memulihkan ekonomi di wilayah tersebut.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 October 2017 9:50 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]