Kategori Berita Antarabangsa

Hamas isytihar intafada ketiga

7 DIS: Kumpulan Hamas mengisytiharkan intifada yang ketiga dalam sejarah konflik Israel-Palestin selepas Presiden Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pemimpinnya, Ismail Haniyeh (foto) berkata pengumuman oleh Donald Trump menandakan peralihan dasar Washington terhadap penyelesaian konflik Israel-Palestin dan penolakan kepada penyelesaian dua negara.

“Baitulmaqdis diculik dan dirampas daripada kita,” kata Ismail dalam satu ucapan yang disiarkan melalui Al-Jazeera.

Trump semalam mengumumkan pemindahan pejabat kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, sekali gus menyimpang daripada dasar luar Washington selama ini berhubung kota suci bagi penganut agama Islam, Yahudi dan Kristian.

“Pakatan jahat yang membuat keputusan secara unilateral berkenaan status Baitulmaqdis perlu tahu pendirian tegas kita,” tambah Ismail.

Intifada atau kebangkitan Palestin yang pertama meletus pada Disember 1987 hingga membawa kepada rundingan damai di Madrid pada 1991, dan kemudian berakhir selepas Perjanjian Damai Oslo pada 1993.

Perjanjian damai itu kemudiannya membawa kepada penubuhan Lembaga Palestin sebagai pentadbir di Tebing Barat dan Gaza, namun dengan kuasa terhad.

Intifada kedua berlaku pada September 2000 selepas perdana menteri Israel ketika itu, Ariel Sharon mengunjungi Masjid Al-Aqsa, yang dilihat satu tindakan provokasi.

Intifada kedua lebih tegang dan ganas berbanding yang pertama sehingga banyak nyawa maut.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 5:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]