Kategori Berita Utama

Hanipa mohon maaf, tarik balik kenyataan sangka jahat pada PM

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin yang selalu buat bising mencelah perbahasan, pada Khamis terpaksa memohon maaf dan menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat pada 23 Oktober lalu yang dilihat ahli parlimen Barisan Nasional sebagai berniat jahat dan mahu menjatuhkan imej Perdana Menteri.

Permohonan maaf dan menarik balik kenyataan itu menyelamatkan Hanipa daripada dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan di bawah Peraturan 36(6) kerana bersangka jahat kepada ahli Yang Berhormat lain yang jika sabit boleh digantung menghadiri persidangan Dewan.

hanipakecam

Kenyataan Hanipa menarik balik kenyataan kerana mahu senangkan hati ahli parlimen BN mencetuskan ketegangan di Dewan Rakyat

Usul membawa beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu dibawa ahli parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah sebaik sahaja selesai sesi pertanyaan lisan.

Beliau bangkit meminta Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi keputusan berkenaan usul yang dikemukakannya pada 24 Oktober.

Katanya, antara lain Sepang ketika mencelah perbahasan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Pindaan Khas) 2013 oleh ahli parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO bercakap, “Marilah kita titiskan darah Cina dengan keris” ekoran Ops Lalang pada 1987.

Hanipa yang diberikan peluang oleh Speaker untuk mebela diri mendakwa memetik ungkapan itu daripada laman Wikipedia dan menafikan ada mengeluarkan beberapa perkara seperti didakwa Ahmad.

ahmadhamzah

Ahmad bawa usul Hanipa dirujuk Peraturan 36(6) kerana kenyataan bersangka jahat terhadap Perdana Menteri

Bagaimanapun, ahli parlimen Jasin bangun mencelah dan membaca hansard Dewan Rakyat yang membuktikan Hanipa ada membuat dakwaan tersebut.

“Jangan nafi. Terimalah hakikat menusia memang boleh buat silap,” katanya.

andikar Amin selepas mendengar penerangan Ahmad mememinta Hanipa mengaku ‘ya’ atau ‘tidak’ apa dibacakan ahli parlimen Jasin sebelum membuat keputusan kerana berpendapat jelas bahawa Hanipa melanggar peraturan Dewan.

hanipamaidin

Hanipa hampir dirujuk ke Jawatankuasa Dewan kerana kenyataannya yang dianggap berniat jahat terhadap Perdana Menteri

Katanya, beliau ada dua pilihan jika Hanipa tidak mahu memohon maaf atau menarik balik kenyataannya terhadap Perdana Menteri.

Menurut Pandikar, ada prima facie terhadap usul ahli parlimen Jasin yang membolehkan Hanipa dirujuk kepada Jawatankuasa Dewan atau beliau boleh membuat ruling di bawah peraturan 36(6) bagi tujuan sama.

Menyedari gagal membela diri, Hanipa kemudian membuat kenyataan memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, tindakannya berbuat demikian atas alasan mahu menyenangkan hati ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional menimbul kemarahan beberapa ahli BNBBC.

Speaker Pandikar Amin kemudian meminta semua ahli-ahli parlimen mengambil ikhtibar kejadian itu dan menasihatkan bahawa mereka kena menanggung risiko setiap tindakan ketika berada di Parlimen. – 31/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 October 2013 1:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: