Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hannah Yeoh tolak jawatan CEC

18 NOV: DAP mengumumkan perubahan dalam jawatan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Setiausaha agungnya, Lim Guan Eng berkata Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh menolak pelantikan dan digantikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof Ramasamy yang kini ahli biasa CEC.

“Ramasamy akan bertanggungjawab dalam jawatankuasa untuk orang biasa yang memfokuskan isu membabitkan masyarakat terpinggir di dalam negara”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata DAP kini menunggu syarikat juruaudit Grant Thornton, untuk menyerahkan laporan pemilihan semula pada 12 November kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam tempoh 60 hari.

Pada masa sama, Guan Eng mengesahkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang kekal sebagai ketua Parlimen.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 November 2017 1:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: