Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hanya 35 DUN Selangor selesai,baki dalam 2 minggu

7 FEB: Pakatan Harapan (PH) Selangor sudah menyelesaikan pengagihan 35 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Setiausaha PH negeri, Zuraida Kamarudin, berkata mesyuarat khas rundingan kerusi membabitkan parti komponen PH itu akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu.

“Agihan kerusi DUN Selangor sudah mencapai keputusan 62.5 peratus. Mesyuarat khas mengenai isu ini akan disambung esok dan lusa. Jadi, kita harap penyelesaian agihan kerusi DUN sekurang-kurangnya mencapai antara 80 hingga 85 peratus pada minggu ini.

“Baki 15 peratus itu kita akan cuba selesaikan pada minggu depan. Itu yang PH Selangor harapkan,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat khas PH, hari ini.

Ditanya mengenai mesyuarat khas itu yang tidak diadakan secara bersama membabitkan semua parti komponen, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, ia kerana terdapat dua parti yang mahu bertanding di kerusi DUN yang sama.

“Tidak timbul persoalan kenapa semua parti tidak duduk bersama. Kalau ada pertindihan kerusi kita adakan mesyuarat dua hala, maka dua parti itu akan berbincang sesama mereka.

“Contohnya ada kerusi yang Bersatu (PPBM) mahukan dan Amanah (PAN) pun mahukan juga, jadi dua parti ini akan berbicang.

“Kalau PKR dan PAN mahu kerusi sama, jadi PKR kena duduk berbincang dengan PAN. Mesyuarat tadi pun ada satu kerusi yang diminta keempat-empat parti, ia bukan isu dan kita boleh bincang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, buat ketika ini, penyandang kerusi DUN akan kekal bertanding di kawasan sama, walaupun ia diminta parti lain.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 February 2018 4:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: